SELAMAT DATANG KE BLOG INI

Marilah kita semua menuju cinta ILAHI.
Cinta ILAHI adalah cinta yang paling agung.
Rebutlah peluang keemasan ini.

Khamis, 19 April 2012

ANTARA TAJUK SYARAHAN SPONTAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012, DI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

sulit- SYARAHAN AGAMA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012 -sulit
sulit- URUSAN YANG DIPERTUAN AGONG -sulit

SULIT
Persediaan : 2 minit
Masa Untuk Syarahan : 5 minit
keseluruhan : 7 minit
SULIT

BAHAGIAN AKIDAH -sulit
     1. Akidah Kukuh Umat Teguh
     2. Iman Dan Taqwa Asas Kecemerlangan
     3. Akidah Benteng Keteguhan Ummah
     4. Akidah Rosak Punca Keruntuhan Bangsa
     5. Iman Mantap Pelajar Berjaya

BAHAGIAN IBADAT -sulit
     1. Sunnah Dihayati Insan Berkualiti
     2. Pengimarahan Masjid Membina Keunggulan Ummah
     3. Ibadat Sunat Tonggak Kejayaan
     4. Zakat Membentuk Peribadi Mulia
     5. Solat Berkualiti Asas Kejayaan

BAHAGIAN AKHLAK -sulit
     1. Akhlak Mulia Peribadi Cemerlang
     2. Pergaulan Bebas Punca Keruntuhan Akhlak
     3. Keluarga Bahagia Negara Sejahtera
     4. Berjimat Cermat Amalan Mulia
     5. Amalan Ziarah Semarak Ukhwah
     6. Tolong- Menolong Asas Perpaduan Ummah
   
SULIT- URUSAN YANG DIPERTUAN AGONG -SULIT
HAK KERAJAAN MALAYSIA


SYARAHAN AGAMA SPONTAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

https://www.box.com/shared/m16sr54o24xb0fa8x43y
CLICK link di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarahan agama peringkat kebangsaan tahun 2012 yang dilaksanakan 100% secara spontan.

Khamis, 12 April 2012

1.      Amalan Riba Punca Kehancuran Ummah
Jika riba sudah bermaharajalela di suatu negeri maka kita hanya tinggal menunggu peperangan atau azab dari Allah subhanahu wata’ala. Azab dari Allah subhanahu wata’ala mungkin berupa krisis, kelaparan , hutang, dikuasai musuh, bencana dan lain-lain.
 Padahal Allah telah berfirman didalam surah Al- baqarah ayat 222,
mafhumnya:  dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Lihatlah apa yng berlaku di Greece, krisis hutang yang berkonsepkan riba yang diamalkan sejak bertahun- tahun telah menyebabkan Negara itu muflis.

Ini menunjukkan bahawa, amalan riba yang merupakan dosa besar mendorong kehancuran ummah.

Konklusinya, apabila semua masyarakat melakukan dosa- dosa besr maka ummah akan hancur

Jumaat, 6 April 2012

Tan Sri Annuar Musa Digantung 2 Tahun 6 Bulan

http://cintailahi95.blogspot.com/

Tan Sri Annuar Musa Digantung 2 Tahun 6 Bulan. Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahupun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkuat kuasa serta-merta setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco), 4 Februari lalu.
Tan Sri Annuar Musa Digantung
Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dianggotai lapan orang selepas mesyuarat lebih tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam itu dijalankan secara berturutan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Sumber:

Jumaat, 30 Mac 2012

MALAM PERTAMA KITA

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

GEMBIRAKAN HATI YANG LAI

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka.